Tuesday, January 31, 2017

JJNM : Warong mee Bandung Wak Abu

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN

- WARONG MEE BANDUNG WAK ABU -

KAMPUNG JAYA SEPAKAT , SENAI

Malam ini adalah rancangan yang tidak di rancang.Mulanya sembang-sembang di Whatapps terus keluar cerita nak makan Mee Bandung.Katanya kakak Azie nak bawa makan kat tempat makan Mee Bandung Udang kampung yang terbaik di Senai.Maka tiba lah kami di sini tepat jam 830malam.
 Nasib baik dah telefun awal dengam tokeh warong ini.Sampai-sampai je makanan dah terhidang atas meja.Makan masa perut tengah lapar memang berselera la gamaknya.Warong Mee Bandung ini namanya Warong Wak Abu dan ada juga yang panggil Warong Pak Abu.Istimewa makanan kat sini diaorang letak Udang beso-beso.
 Ini dia Mee Bandung Istimewa yang RA makan.Pekat-likat-melekat.
Sedap Mee Bandung ini tapi rasa agak manis sedikit dan kurang pedas.Biasalah lidah orang Melayu mesti nak rasa yang pedas.
 Yang ini Nasi Goreng Udang Istimewa.Selain ini ada jugak di jual mee goreng dan kueh tiew goreng.
 Sampai orang dari Putrajaya dan orang Batu Pahat pun kena heret datang makan kat sini.hehehe.
 Sekali pandang warong ini teringat RA pada Warong Pak Jabit Filem Hantu Kak Limah tu.Sesekali makan ala-ala duduk kat kampung.Yang baju hitam kat belakang tu tetap meriahkan diri nak masuk dalam gambar nie jugak kan.Kalau leh semua gambar nak ada muka dia huhu. 
Habis licin pinggan nie Kak Ros hirup.Sedap dan kena dengan seleranya katanya.Nak makan di sini kena datang awal, maklumlah takut habis cepat.Masa kami nak balik ada beberapa pelanggan yang terpaksa pulang hampa sebab dah abis.Lokasinya di Kampung Jaya Sepakat Senai.Leh cari kat dalam google yea RA dah tanda dalam peta google tu.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....