Sunday, March 6, 2016

JJNM : Nasi Lemak Wak Kentut Kulai Besar

J.J.N.M : JALAN-JALAN NAK MAKAN
NASI LEMAK WAK KENTUT KULAI BESAR

 Akhirnya sampai juga RA di sini.Rancangannya dah lama,tapi asik tertanggguh je dek lokasinya yang tak mengizinkan.Tapi petang tadi RA sempat singah makan di warung Nasi Lemak Wak Kentut yang popular tu.Lokasinya di jalan Susur Kulai 2,Kulai Besar.dari jalan utama nampak dah warung nie,

 Papan tanda kedai ini tersorok kedalam sikit.Mungkin dah ramai yang tahu kot.tak perlu promosi lagi.

 Apa yang menarik dan sedapnya kat sini ialah Ayam Goreng dia lah.Seketul berharga RM3.00 ikut saiz.Memang rangup memang garing,makan macam tu pun sedap.

 Nak tahu kenapa mereka meletakkan sambal di piring yang berasingan? Satu je sebabnya supaya ayam goreng boleh di cecah dengan sambal sambil di makan bersama nasi lemak.

 Sambal tumisnya pekat,likat,manis-manis masam dan pedas.Semua rasa cukup.Kalau orang Johor cakap "Nak ratah sambal pun boleh".

Pastikan datang awal.Jika datang malam , selalunya kedai nie penuh sikit.RA tiba kedai ni jam 5petang tadi.Memang tak ramai orang.Boleh bawak bungkus ayam goreng tu kalau tak cukup,memang berbaloi dan sedap.Jadi jalan lepaskan peluang ke sana...Jumlah bayaran makan dua orang RM16.00.

NASI LEMAK  + AYAM GORENG + MILO AIR + TELUR GORENG




No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....