Saturday, March 19, 2016

JJNM : Restoran Belanga Satu Bistro

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN BELANGA SATU BISTRO
- TAMAN ADDA HEIGHT -

Menarik sungguh iklan di atas ini kan.Bufet makan tengahari serendah RM10 di Johor Bahru memang tak boleh di lepaskan.Lokasinya di No 46 Jalan Adda Height 3/3, Taman Adda Height.


Sebenarnya RA pernah ke restoran ini sekali tahun lepas tapi tak berkesempatan membuat liputan di sini sebab masa tu RA datang malam dan duduk pun di luar kaki lima kedai.Jadi hari ini atas pelawaan Mutawif RA,Haji Firdaus yang sama-sama ke Tanah Suci tempuh hari mengajak barulah RA berkesempatan ke sini.Menurut kata Haji Firdaus lagi pemilik restoran ini juga adalah salah seorang jemaah yang sama-sama mengikuti rombongan umrah RA bulan lepas.Ok gambar yang  beramai-ramai bersama Haji Firdaus inilah tuan kedai (tudung biru muda) dan keluarga.

Antara menu yang sempat RA sambar.Suka sangat dengan siput sedut masak lemak kat sini.Kuahnya pekat dan rasanya sedap.RA jugak amik paru goreng sambal , gulai Nangka,Kuah asam pedas ikan sembilang,telur asin , kacang panjang goreng dan ulam-ulam.

Menu tengahari pada hari ini kira pelbagai juga.Pada harga yang di tawarkan RA rasakan ia sangat-sangat berbaloi dan patut di viralkan kepada semua orang-orang Johor.Antara yang dapat RA ingat dan nampak ialah :

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG

AYAM MASAK MERAH

GULAI IKAN PATIN

  IKAN TENGIRI (kalau tak silap) MASAK LEMAK CILI API

TELUR MASIN

 LEMAK PUCUK UBI

TAUGEH & SAYUR KACANG GORENG

ANEKA IKAN GORENG

TELUR & PARU MASAK SAMBAL 

GULAI NANGKA

TAHU SUMBAT & ROJAK PETIS

BUBUR CACAR

ULAM-ULAM

AIR MATA KUCING DAN LIMAU AIS

Tempat pun selesa ada ruang berhawa dingin dan ruang di luar yang terbuka.Restoran ini berkonsepkan bistro dan kafe.

Yang Asam Pedas tu RA tahu dia masak dengan Ikan sembilang.Tapi yang masak lemak cili api nie RA tak pasti ikan apa.Nampak macam Ikan Tengiri.RA biasalah tahu makan je.Nama-nama ikan kurang sikit paham.

Tuuuu dia duta bagi restoran ini Haji Firdaus,bergambar tersengeh-sengih selepas kekenyangan.Suasana dalam kedai makan ini juga sangat santai dan kemas.Jika ada anak-anak yang mahukan aiskrem boleh lah membeli di kaunter (aiskrem kena bayar yea,bukan termasuk dalam harga bufet).Jika anda datang berkeluarga dan ramai , di sarankan anda membuat tempahan awal terlebih dahulu jadi dapatlah pemilik restoran mengatur susun meja makan anda nanti.Selamat mencuba pembaca Blog...!!!


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....