Friday, September 2, 2016

Indahnya Victoria Falls Safari Lodge

BIARLAH GAMBAR YANG BERBICARA 
LOKASI : VICTORIA FALLS SAFARI LODGE ZIMBABWE
HARGA DARI RM 1750 - RM 2500 SEMALAM 















Sunday, August 7, 2016

JJNM : Carrot Cake Restoran De Brunch Bukit Indah

J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN DE BRUNCH BUKIT INDAH
- CARROT CAKE -

Kalau nak merasa Carrot Cake yang halal anda boleh ke kedai rakan RA ini di Taman Bukit Indah.
Carrot cake di sini di jamin halal pemiliknya orang Melayu kita dan mempunyai pengalaman menjadi chef di Johor dan Singapura sebelum ini.
 Petang ini RA berkesempatan merakamkan cara dia mengoreng carrot cake ini.Mengunakan kuali yang biasa di gunakan untuk memgoreng burger,Goreng dahulu carrot cakenya.
 Kemudian masukkan sos istimewa "home made" dan kemudian goreng kasi rata.
 Masukkan bawang putih dan hirisan bawang merah.
 Gaul dan kacau hingga sebati kemudian gaulkan bersama telur.
taburkan daun bawang dan siap untuk di hidangkan
Beginilah dia Carrot Cake yang sudah di masak.Untuk tuan kedai kurang kan sikit garamnya yea , ada sedikit masin tapi rasanya memang meletop you all!!!
 Restoran ini di buka setiap hari dari jam 8pagi hingga 6petang.Tapi Menu Carrot Cake di buka dari jam 11pagi sahaja.Pagi ada sarapan yang di jual.

Saturday, July 16, 2016

JJNM FORK & DAGGER

 J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN FORK & DAGGER - JALAN DHOBI JB

RA pertama kali datang ke sini.Sebenarnya perut dah kenyang tapi bila berjalan dengan si Ally (kawan baik RA dari KL) nie mesti nak cuba.Mula ingat nak lepak minum je tapi bila tengok menu yang pelayan restoran tunjuk kat kami di luar kedai terus kami tergoda.
Menu dessert kat sini memang meletop-letop.Sedap dan murah.Antara menu yang kami pesan memang sangat-sangat sedap yea.
Ini adalah Nacho pilihan Cik Puan Ally.
Yang ini pulak Oreo Churros (sebutan chu-ros).Dia goreng panas-panas lepas tu celup dengan coklat cair.Perrghh memang menjanjikan.
Beli satu set dapat 5ketul macam tu.
Yang ini pilihan RA,"Popia Pisang".memang manis dan rangup sekali.Harga kalau tak silap RM4.50 kot.
Atas popia nie dia letak coklat sos..Manis-manis coklat makan dengan pisang dan kulit popia yang ranggup memang terbaiklah senang cakap.
Yang ini memang sumpah sedap."Deep Fried Oreo" ada 5ketul kesemuanya untuk satu set.
Walaupu8n perut dah kenyang tapi bila makanan sampai kamilah yang paling cepat habiskan.hehehe
 Suasana dalam kedai sangat-sangat kozi.Ada dua tingkat kami makan di tingkat atas.

video

Santai di Syawal

SALAM 11 SYAWAL
Masih lagi di bulan Syawal dan malam semalam Kak Ros dan Abang Mad datang bermalam di rumah RA.Memandangkan ada tetamu nak datang RA masak Nasi Lemak lagi lah gamak nya minggu ini.(sama pulak macam minggu lepas).Lagi pun minggu lepas Kak Ros sekeluarga ,Lin dan Abang Yunus tak ada kat JB.Haaa Abang Yunus pun datang sekali pagi tadi bersarapan bersama kami.
Tengok tu bernafsu mereka makan.
Macam biasalah kalau Abang Yunus dah tiba kena lah berangkai minum cendol Mak Siti.Tak sah kalau tak singgah sini.Menghilangkan dahaga seketika kala cuaca yang sangat panas.Lepas melepak minum cendol masing-masing kena bergegas ke tempat yang hendak di tuju.RA ada majlis rumah terbuka di rumah bapa saudara RA,Kak Ros dan Lin pun sama.Abang Yunus katanya nak balik masuk kerja semula.Jam 1petang semua berpecah buat hal masing-masing.
 Balik rumah bapa saudara ingatkan dah takde kemana-mana lagi.Tetiba Ally rakan RA yang di KL tu telefun ajak masuk Singapura pulak.Haa bermula lah aktiviti masuk ke Singapura pulak.Singgah ke Marina Barrage malam-malam buta amik gambar dan bersiar-siar sebentar di sini.
 Wah tengok tu Makcik berposing sakan lagi.Jam 11malam kami bergerak pulang ke Johor Bahru.Esok nak kerja yea...hehehe 

Saturday, July 9, 2016

RA Beraya di rumah baru

Alhamdulillah , berkat kesabaran RA tahun ini RA beraya di rumah baru RA di Bandar Pulai Jaya.Jika raya tahun lepas RA sibuk ulang alik mengecat , mengemas dan baiki rumah , tahun ini dapatlah RA merasa beraya di rumah sendiri.RA tak mampu nak buat rumah terbuka besar-besaran sebab takut tak terlayan.RA dengan ayah je tu pun nak uruskan ayah RA lagi yang dah uzur.Jadi apa yang termampu RA hidangkan iaitu Nasi Lemak Bujang dengan Ayam Goreng dan Ayam Bakar.
 Antara tetamu yang datang menziarahi dan sempat RA rakam.Ni kalau buat besar-besaran memang tak muat la ramai-ramai nak masuk sebab rumah RA comel jek. 
Sesekali berkumpul memang meriah nak-nak bila bertemu rakan yang lama tak jumpa.Alhamdulillah cuaca hari ini sangat cerah ,cuma  tengahari suhunya agak panas sedikit.
 Encik Olie makan di meja bar yea.Maklumlah ruang tamu kecik sikit.Haa gambar kat sebelah tu gambar RA dengan cucu saudara lelaki RA.Nama dia Karl, (mak bapak sekarang letak nama anak glamour je huhu)
 Usia baru 6bulan.Suka yea duduk kat buat atuk.Ini lak bergambar dengan "Tok Nyang"..Rambut korang dah sama dah botak,muka pun ada iras-iras.(mana tumpahnya kuah).
Ok sedikit gambar ruang rumah baru RA.Ini adalah ruang kegemaran RA.Ruang makan yang comel dan biasa-biasa jek.Buat mereka yang datang singgah beraya di rumah RA ucapkan berbanyak terima kasih moga ikatan silaturahim kita berkekalan hingga ke Jannah.Selamat Hari Raya buat anda semua.

Wednesday, July 6, 2016

Riang Ria Syawal 2016

 Akhirnya 1Syawal menjelang tiba.Tahun ini baju raya RA warna jingga.Beli kat Pasar Borong Pandan jek...murah dan yang penting nampak menarik.Menyusun 10jari memohon maaf jika ada salah dan silap semasa RA menulis.
 Inilah sebahagian daripada keluarga RA.Yang lain ada belum datang atau dah balik (maklumlah duduk satu bandaraya ,lincah sana-lincah sini)
 Bergambar dengan kakak dan abang RA termasuk ipar dual dan anak-anak saudara.
 Yang ini pulak bergambar pada hari raya ke dua di rumah abang dengan makcik , kakak, abang dan anak-anak saudara RA.Yang gambar di bawah berderet baju merah tu semua cucu-cucu saudara RA.Dah ada cucu pun RA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget