Sunday, December 30, 2018

Dari Selera Rasa ke Zoo Johor

Tekak hari ni tetiba nak merasa makan Mee Rebus & kacan Pool lak pulak.Jadi kedai yang dalam satu bumbung menjual menu ini ialah di Selera Johor Larkin.Terletak di Plaza Larkin bersebelahan dengan Terminal Bas Larkin ini terdapat pelbagai masakan kegemaran Johor di dalam satu bumbung.Antaranya Rojak Asma , Kacang Pool Haji , Mee Rebus Stulang Laut , Murtabak Kampung Melayu , Laksa Johor , Nasi Ayam Hainan , Goreng Pisang dan macam-macam lagi lah.
 Pertemuan di buat bersama geng-geng kaki rewang memakan jam 230petang.Asam Pedas Johor pilihan Kak Ros dan Abang Mad.Tapi kenapa yea kepala ikannya agak keras? Ermm mesti dah lama masuk dalam peti sejuk tu.Peniaga sepatutnya merebus kepala ikan ini sepaya kasi lebih lembut.
 Inilah Mee Rebus yang di idam-idamkan RA.Mee Rebus Stulang Istimewa.Harga RM8 sepinggan.
Ada udang , kerak-kerak keropok dan Cendawan goreng di tabur...yum-yum sedapppp...yok makan yokkkkk
 Murtabak Kampung Melayu ni pun sedap.Tapi itu pilihan Kak Cik Nini.Menu kedua pilihan RA pastinya Kacang Pool Haji.Harga RM6.Lama dah tak pekena,jom makan....
 Perut pun dah kenyang dan dah terlanjur ada di sekitar bandaraya nie apa kata kita masuk Zoo Johor.Ala bukan selalu pun kan.Lagi pun Zoo Johor antara Zoo yang termurah di Malaysia.Harga RM2.00 Dewasa dan RM1 Kanak-kanak.Alhamdulillah kami tiba jam 415petang di sini dan Zoo masih di buka sehingga jam 6petang. 
Tempat pertama yang di lawati pastinya Ladang limaunya...ehhh bukan limau la..Rimauuuuu..Auummmmm. 
Ada sepasang Harimau Sumatra di sini.Saiz agak besar juga tu.Apa yang RA suka di Zoo Johor ini walaupun dia tak sebesar Zoo-zoo yang lain di luar sana tetapi kami dapat melihat haiwan-haiwan liar ini dangan lebih dekat.
 Koleksi Singa paling banyak di sini.Di anggarkan ada sekitar 6-7ekor singa betina dengan 2ekor Singa Jantan.Beruang madu pun ada , tapi tak sempat pulak RA nak amik gambar dia.
Bersebelahan dengan Kandang Harimau dan Singa ada kandang seladang.Wah kuat dan sihat betul seladang ni.Tengok je otot-otot sasa dia di kaki-kakinya.Kalau rimau makan nie mau seminggu kekenyangan.
 2ekor unta bersedia untuk di berikan makanan.Anda boleh beli sayur di kaunter dan beri makan pada unta - unta ini.Memang bau unta kuat weyyy....
 Ada koleksi burung enggang. dan pelbagai lagi burung yang jarang kita lihat.Entah burung berkepala biru nie RA pun lupa nama dia.
 Ada Burung Unta , Badak Air , Baboon , Buaya , Ular Burma , landak , monyet squerral , Rakun dan macam-macam lagi lah.Bukan budak-budak je jakun,mak-mak budak pun turut berjakun bersama.hehe.
 Nak duduk atas kura-kura hidup takut jadi duduk lah atas kura-kura batu.Oh yea kat sini ada siamang dan Kura-kura gergasi juga tau.Tapi masa kami tiba dia bersembunyi dalam sarang dia. 
 Anak-anak angkat Kak Ros yang di kuruang.Tulah nakal sangat curi makanan kat dapur hehe.
 Sepasang Badak Air dan gajah bersama anaknya, yang depan tengah tersengih tu anak orang hahaha.
 Betul tak RA cakap mak budak pun jakun tengok burung unta.Yang sebelah tu nak bergambar dengan luar takut jadi bergambar kat patung ular je lah.Kalau betul nak bergambar dengan ular bolehlah cuba bergambar dengan Ular Albino hidup dengan harga RM5.Jam 520petang kami segera pulang sebab hujan dah mulai turun.Nie kalau lambat balik harus lecun mandi hujan.Jadi pastikan anda singgah ke Zoo Johor yang sudah berwajah baru ini.Pastinya berbaloi dan sesuai untuk sekeluarga.Datang lahhhhhhh...

Tuesday, December 25, 2018

Jamuan Rumah Terbuka Kak Rovita

 Hari ini RA ada jemputan makan malam di rumah Kak Rovita dan keluarganya di Tampoi Indah.Yelah tahun nie mereka beraya di Johor jadi nak jemput lah kami-kami nie makan rumah dia.Rasanya ini pertama kami semua datang bertandang di rumahnya walaupun dah kenal lebih dari 8tahun kan.Amboi orang kat atas tu tak yah lah buat muka manja atas kerusi polakkkk....
 Beginilah bila semua geng krik-krik berkumpul.Bila dalam Whatapps semua krik-krik tapi bila jumpa kami lah yang paling gamat.Ah Abang Mad (baju biru) pon ada,baru baik demam tu.
 terima kasih Kak Rovita & keluarga jamu kami dengan sambal Udang , Ayam Masak Merah , Nasi Tomato, Asam Pedas dan juga Speggetti.Sedap-sedap semuanya.Jangan nak diet sangat,makan je rezeki dah depan mata.Wah abang Champion susah-susah je melayan kami semua siap cedukkan nasi lagi.
 Penuh menu atas meja dan puas menikmati masakan tuan rumah.
Dah makan apa lagi sesi memotong bawang pun di mulakan hahaha.Macam-macam masalah negara di bincangkan.Dekat 2jam jugak kami berkampung di sini.Seronok , sebab dah lama tak jumpa katanya.Terima Kasih Kak Rovita , Abang Champion dan keluarga yang sudi menjemput kami datang bertandang di rumah anda.
Jika ada sumur di ladang boleh saya menuai padi....

Saturday, December 22, 2018

Cuci mata sempena Krismas

 Cuti Krismas cuma tinggal beberapa hari je lagi.Kawan RA dari KL katanya nak datang bercuti di Singapura jadi cadangannya nak ajak RA sekali bawa mereka masuk tunjukkan jalan.Sebenarnya RA nak bawa masuk kereta RA ke sini tapi bila memandangkan cuti hujung minggu pasti ramai orang jadi kami semua menaiki pengangkutan awam je lah gamaknya.Tengok tu sampai tertidur kawan RA dalam bas sebab kepenatan.Mereka nie bermalam di hotel Mercure kat Stevens Road tu.
 Cantik juga ruang legar lobi hotel ini.Ada pengangkutan percuma ke Orchard Road lagi.
 Apa pun sebelum meneruskan perjalanan baik kami semua makan tengahari di Restoran Hjh.Maimunah dulu.Perut dah lapar sangat sebab sampai dah pukul 2petang tu.Nasib baik lauk pauk masih ada lagi.
 Sebenarnya taklah ke mana sangat.RA nak cari baju dan minyak wangi di Orchard Road.Maklumlah sekarang ini ada jualan murah sempena sambutan hari Krismas.Jualan murah kat Singapura nie memang terbaiklah.Harga barang-barang memang diaorang jual murah potongan diskaun sehingga 90% tau.
 Inilah keadaan di Orchard road tiap kali nak dekat Krismas.Watu malam di sepanjang jalan nie pasti berwarna warni dek lampu-lampu perhiasan.Tahun nie katanya lebih kepada warna biru dan merah.
 Kat sini selalunya peniaga memperkenalkan barangan keluaran baru bagi tahun ini.Ada persembahan jalanan dan juga cabuan bertuah.Payung kuning tu selalunya jual aiskrim pelbagai perisa yang disalut biskut atau roti dengan harga S$1. 
 Laluan paling sibuk di Orchard Road ialah di hadapan Lucky Plaza.Kat sini dah macam Mini Filipina sebab ramai pekerja-pekarja Filipina berkumpul dan melepak di sini.
 Tak dapat main salji dapat bergambar dengan pokok krismas buatan pun jadi ler hahaha.
Inilah dia geng kaki jalan RA kat Singapura.Malam menjelma tibalah masanya untuk RA pulang ke Jb dan mereka ini akan bermalam di Kota Singa.Nak balik senang je sebab ada bas dari Scotts Road terus ke Johor Bahru.Nasib baiklah tiada ke sesakkan di kastam dan imigrasen mana nak balik.

Sunday, December 16, 2018

Ke Kota Singa kiter

 Haii...Pagi nie RA bersama-sama dengan keluarga kawan baik RA iaitu Kak Rovita ke Zoo Singapore dan River Safari.Nak bawak bakal menanti dia sekali jalan-jalan kat Singapura katanya jadi mintak tolong RA sebab mereka tak berapa mahir dengan jalan-jalan kat sini.
 RA ok je...asalkan tak payah bayar tiket masuk dah le.Kami pun semua masuk ke Zoo dan River Safari mengunakan tiket percuma yang Kak Rovita dapat dari rakanya.Lama juga tak masuk Zoo Singapore nie terakhir RA masuk dua tahun lepas kot.
 Untuk pengetahuan semua Zoo Singapore adalah salah satu antara 10 zoo terbaik di dunia.Inilah dia Lemur yang macam dalam filem Madagascar tu.RA dengar ada pelancong dari Jepun dok jerit-jerit panggil binatang nie 'SEQUEK"...hahaha..pelik betul lah orang Jepun nie.
 Selain Sequek...haha...Kat sini ada juga spesis monyet paling kecil di dunia.Badan dia berwarna kuning yea.
 Kelawar sebesar nie rasanya kalau terbang waktu malam mau lintang pukang orang lari.Zoo Singapore mempunyai beberapa spesis binatang yang antaranya hampir pupus.Ada Babi Rusa,Kanggaro,Harimau dan Singa Albino (Putih).Badak Sumbu , Zirafah , Gajah , Harimau Bengal , Orang Utan , Kambing Gurun,Buaya Jejulong dan macam-macam lagi lah.
 Zoo Singapore dan River Safari adalah bersebelahan sahaja.Tapi dua tempat ini nak masuk mengunakan tiket yang berbeza dan berlainan harganya.Wah ikan patin kat belakang tu kalau tangkap dan goreng mesti kenyang tu.
 Di River Safari mereka meletakkan spesis-spesis ikan air tawar dari seluruh sungai utama di dunia.Ikan patin gergasi nie diaorang dapat di Sungai Mekong katanya...entah-entah kat Sungai Pahang hehehe.Yang bawah tu pulak Ikan Pirana dari Lembah Sungai Amazon.
 Kat sini juga ada di letakkan Beruang Panda dan Panda Merah.Yang comel nie Panda Merah lah hehe.Beruang Panda masa RA datang dia tengah tidur dalam gelung.Jadi tak dapat ambik gambarnya.
 Zoo dan River Safari Singapore di bina berhampiran dengan Hutan Simpan dan kolam takungan air terbesar di Mandai Singapura.Jadi bila anda masuk ke dua tempat ini seperti berada di dalam habitat asal binatang-binatang ini.
 Mereka bina tempat ini seperti persis anda berada di hutan dan sungai Amazon tau.Bot kat belakang tu kalau nak naik kena bayar tambahan SGD5 dan mereka akan bawa anda pusing-pusing sekitar sungai Mandai ini.
 Kami makan tengahari di Murtabak Singapura kat Jalan Sultan.Kemudian membeli belah di Bugis Street.Jam 7malam kami bergerak ke Merlion Park untuk menikmati suasana dan lampu neon di sini.
 Tuuu dia satu keluarga bergambar.RA lah jadi juru fotonya hehehe.
 Di hadapan Merlion sebelum kami bertolak ke Garden By The Bay untuk melihat lampu-lampu krismas di sana.
 Perrgh meriah sungguh Garden By The Bay dengan hiasan lampu-lampu semperna krismas yang bakal menjelang seminggu je lagi.
 Kawasan nie agak besar yea,jadi pastikan anda tidak berpisah dengan keluarga anda.Kalau nak cari nanti susah pulak sebab talian talifun tiada rooming.
Kami mengambil gambar kenangan di sini sebelum pulang ke Johor Bahru sebab masing-masing dah penat dar siang tadi dok berjalan hehe.Terima kasih Kak rovita dan Abang Champin belaja makan tengahari dan malam tadi...Harap korang semua gembira berada di Singapura.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....