Friday, August 4, 2017

Cameron Highland Aku Datang!!

 Lama tak bersiaran.Hari ini RA amik cuti untuk ke Cameron Highland.Sebenarnya kali terakhir RA menjejakkan kaki di sini masa RA darjah 4.Lama dah tak pergi sini.Dengar-dengar Cameron dah tak sesejuk dahulu.Dulu suhu pagi boleh mencecah 10'c.Sekarang dalam lingkungan 17-20'c sahaja.RA ke sini sambil santai-santai ada misi yang perlu RA tunaikan.Misi Mendaki Gunung Irau esok paginya.Jadi RA , Kak Ros , Abang Mad dan anaknya Sharol bergerak dari Putrajaya selepas solat Jumaat ke Cameron Highland.Kami keluar awal bagi mengelakkan kesesakkan di KL dan perjalanan kami ke CH mengambil masa 2jam 30minit.Jam 4.30petang dah tiba di Tapah dan Lata Iskandar - tempat pekelahan air terjun tak berapa jauh dari CH.
 Gambar di atas ini adalah gambar pokok teratai.Yang biji-biji kat atas permukaan tu kalau di keluarkan boleh di makan dan rasa seperti kacang.Ia sesuai untuk perubatan terutama kencing manis dan darah tinggi.Di Lata Iskandar ada kedai yang menjual pokok ini.Harga seikat RM5 sajor.Teringat komik yang di lukis Lat "Si Mamat" yang suka sangat makan dan cari biji pokok teratai di sungai Perak.
 Ok inilah dia Air Terjun Lata Iskandar.Dari pekan Tapah cuma 35minit dengan menaiki kenderaan.Air terjun di sini sangat lah sejuk weyy.Jadi kalau nak ke Cameron silalah singgah di sini.
Gambar kami bertiga di kaki air terjun.Wah wah wah.
RA meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.Laluan di sini memang bangkang-bengkok.Masih sama seperti dahulu dan tak banyak yang berubah.Jadi berhati-hati yea kawan-kawan.Kalau boleh jangan memandu ke sini di waktu malam.Dari Lata Iskandar ke Tanah Rata mengambil masa 45minit-sejam untuk tiba.Kami berehat sebentar di Restoran Ladang Teh berhampiran tanah rata bagi menikmati keindahan di sini.Harga Teh Hijau yang RA beli ialah RM8.50 (dah macam Starbuck)
 Kat bawah restoran ini ada ladang teh.Kat sinilah sesi bergambar sekali lagi di buat.Macam-macam aksi,macam-macam lagak ngeri ada.
Apapun gambar yang ini RA rasa terbaik..hahaha.(Nampak Kuwus)
 Indah kan...kat Malaysia pun ado,tak perlu nak ke Sri Lanka atau ke Bandung.
 Haa ini model ladang teh.Dia buat kerja sambilan sambil-sambil petik teh dia jadi mandur.Peratikan pekerja-pekerja yang tidur curi tulang.
 Mak dan anak memang tak dapat di pisahkan.Dah macam "boiFren" haha.
 Ok RA belanja gambar-gambar kat ladang Teh ini untuk tatapan kawan-kawan pembaca.
 Ini gambar matahari turun.Masa jam 6petang, tapi dah nak gelap macam pukul 650petang pulak.Ada orang bilang pemandangan ini seiras di Ubud Bali.
 Nie lak RA belanja gambar RA satu di sini.Jam 615petang kami bergerak ke Tanah Rata.Perut dan mulai lapar.Makan malam RA belanja malam ini.Kami makan malam di salah sebuah warong Mek Kelantan di Tanah Rata.Maaf gambar tak dapat di rakam masing-masing perut dah lapar.Jam 8malam RA menerima panggilan dari ketua program mendaki menunggu kami di hadapan Balai Polis Tanah Rata untuk sama-sama ke tempat penginapan "Homestay" di Sungai Ruil.(10Minit perjalanan dari Tanah Rata).
Nama Jalan Golden Hill 6.Masuk dari Persiaran Golden Hills.Ada pasar malam depan jalan persiaran ini.
 Inilah penginapan kami untuk 2malam di Cameron Highland.Di 'Homestay' rumah 2tingkat 4bilik dengan 3bilik air.Kumpulan terakhir yang tiba pada malam itu.Oklah nak kena tidur awal sebab esok nak bangun pagi-pagi kerana ekpedisi mendaki Gunung Irau bermula jam 630pagi.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....