Friday, March 17, 2017

Hari 1 - Perjumpaan Bekas Pelajar SMPT

 Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba.Pagi ini RA dan beberapa rakan lain akan berangkat ke Gold Coast Melaka International Resort untuk meraikan perjumpaan bekas-bekas pelajar SMPT di sana.
Kali terakhir kami semua berkumpul adalah pada 3tahun yang lepas yang juga di adakan di Melaka tetapi di A-Farmosa Resort.Perjumpaan kali ini lebih bermakna kerana julung-julung di adakan selama 3hari 2malam dan sempena umur kami yang siri 40an nie hahaha.(pecah dah lobang orang tahu umur RA).Bertolak jam 930pagi kami semua berkumpul di Station Minyak Petronas bersebelahan Plaza tol Skudai menghala ke Melaka.Mulanya cuma 3kereta sahaja,tetapi tambah satu lagi kereta dan kami berkonvoi sampai ke Melaka.
 Alhamdulillah selamat tiba di Gold Coast Resort Melaka jam 130petang,terus bergegas ke Lobi hotel untuk mengambil kunci bilik.sebanyak 8Unit Apartment dengan 3bilik telah pun kami tempah sepanjang berkampung di sini.
Selepas mendapat kunci , anak-anak ramai yang turun ke kolam mandi WaterPark untuk berdebus mandi.Tak sabar katanya.RA dan beberapa AJK yang lain sibuk menguruskan bilik dan kunci kepada mereka yang tiba di samping persiapan untuk makan berdamai malam ini.
 Makan berdamai malam ini adalah hasil perkongsian mereka-mereka sudi berkongsi menu untuk makan bersama.Banyak jugak menu makanan sampai penuh meja.
Ada kueh Talam , Kueh Bakar , Kueh Keria , Mee Goreng & Nasi Lemak Bungkus , Kek-kek , Kueh apam , Roti Sardin , Pisang , Buah Jambu , Air Jelly , Sushi dan macam-macam lagi lah sampai tak tahu nak makan yang mana dulu. Cantik tak botol minuman ala lampu mentol nie? Kreatif kan....
Jam 8malam acara makan malam beramai-ramai bermula.Macam-macam cerita keluar dengan gelak dan tawa anak-anak serta rakan.Ada yang dari KL tiba lambat sedikit sebab anak-anak kan masih lagi sekolah hari Jumaat.Kami yang di Jb sekolah dah mula tutup Jumaat.Tepat jam 9malam acara persembahan membuat Sushi oleh Chef Profesional kita En Nizam memulakan.Tengok tu semua lengkap dengan pisau dan segala macam adunannya. 
 Persembahan ini di adalah secara langsung dan di pancarkan melalui skrin Facebook RA dan AJK untuk tatapan mereka yang dalam perjalanan ke Resort mahu pun tidak dapat hadir kerana berada di rumah. 
 Langkah demi langkah haa Chef kita nie tunjuk nak buat Sushi.Siap suruh beberapa kawan cuba membuat selepas menunjukkan cara-caranya.Alhamdulillah pandai dan faham dah semua dengan cara-caranya.Tengok tu sikit punya besar gelak tawa di Aida.
Bapa-bapa misali bersama anak-anak dan mencuba menu sushi dari Chef kita.
 Acara malam ini berlangsung dengan penuh sempoi.Sempat RA bergambar beramai-ramai sebelum dan selepas acara makan-makan nie.
Tengok nie baru sebahagian je , belum semua lagi yang datang.
Lepas acara makan , kaum ibu sibuk membungkus "Door Gift" kedalam bag-bag untuk acara Gala Makan Malam esok pulak.
Selesai merewang, sesi bergosip pulak di teruskan.Rancak sungguh yea walaupun jam dah menunjukkan pukul 1230malam.Gelak beso betul abam-abam tu yea.
Kaum ibu jugak tak mau kalah.Turut sama menyertai haha.
Barisan budak-budak perempuan balik sekolah ikut pintu belakang sekolah dulu.hahaha.
 Haa ni pulak geng-geng budak lelaki yang paling mengemparkan sekolah satu ketika dulu haha.Dok cerita sampai ke pagi tak abis-abis.Masa nie jam dah pukul 2pagi tapi tetap meriah dengan gelak tawa cerita masing-masing.
 Sebelum masing-masing masuk bilik dan tidur , kami semua bergambar lagi.Tak habis-habisnya bergambar kan.Maklum lah dulu-dulu masa muda nak bergambar kena berkira sebab guna kamera 36rool.hahaha.
 Dan lagi...
 Lagi sekali (dah jam 230pagi nie)
 Akhir sekali jam 3pagi sebelum semua masuk ke dalam bilik masing-masing untuk tidur.Esok ada acara lain menanti.Nak Tahu?? tungguuu.......

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....