Monday, January 30, 2017

Dari Tanjung Pinang ke JB

 Selamat pagi semua.Hari ini hari terakhir RA di Tanjung Pinang.Feri akan berlepas jam 1230 tengah hari dan pagi ini dengan ada sisa masa RA dan rombongan ke Pasar Ikan Tanjung Pinang.
Hari ni banyak kedai-kedai Cina yang dah mula berniaga maklumlah dah bercuti sempena tahun baru kan.Yang di cari pastinya ikan-ikan kering dan makanan laut yang akan di bawa pulang ke JB. 
 Ikan bilis di sini agak murah juga jika di bandingkan di JB.RA sempat sambar ikan bilis di sini. 
Yang lain ramai yang amik sotong kering dan beberapa lagi ikan masin untuk di bawa pulang.Ikan-ikan bilis kat sini masih lagi segar lagi tau. 
 Tepat jam 1230tengahari kami tiba di Terminal feri Sri Bintan Pura.Wah ada kereta tentera yang menanti kehadiran orang-orang ternama nampaknya di sini.Suasana di sini agak sibuk di tambah lagi dengan terminal domestik yang mengunakan laluan yang sama.Laluan terminal antarabangsa dalam proses pembaikkan.
 Alhamdulillah urusan immigrasi dan cop paspot berjalan lancar,Feri bertolak tepat pada masanya dan memang penuh dalam feri ini.
 Bosan duduk dalam feri RA ke atas dek kapal menikmati angin laut dan pemandangan di Selat Singapura semasa pulang ke JB.Aku pulangggg!!!!!!!!

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....