Saturday, September 28, 2013

Larian Hari Jantung Sedunia katernya

Pagi semua,hari ni RA kepenatan setelah pulang dari kesesakkan teruk di Singapura malam semalam.Ingatkan kalau tak penat pagi ini nak ke Hospital Pakar Johor untuk mengikut larian Hari Jantung sedunia di sana,tapi dah tak larat lah.Singgah tengok-tengok pun jadi lah kan? hehe.Mulanya ingatkan larian ini bermula di Tasek Merdeka,rupanya bermula dan berakhir di Hospital Pakar Johor jugak.Bila tiba ramai yang dah menamatkan larian dan nampaklah kelibat-kelibat orang yang RA kenal.

Sebahagian peserta-peserta kenalan yang pertama & terakhir tiba.Agak-agaklah sapa tu yang sampai awal dan terakhir?

Yang tak sepatutnya dapat bag "goodies" pun nak jugak,maka kesian lah mereka-mereka yang tiba lambat tu ye tak dapat.Heran patutnya bagilah bag tu waktu pendaftaran masuk kan.Jadi takde lah orang yang tak masuk pun leh dapat.hehehe.Tamat sudah larian itew RA pun cha alif bot lah....Mengantuk dan letih dari semalam tak ilang lagi ini.

Thursday, September 26, 2013

JJNM : Mee Udang Galah Taman U

Jalan-Jalan Nak Makan (J.J.N.M) 

- Mee Udang Galah Taman Universiti / Pondok Pondok Cafe -

 

Ha nak makan Udang Galah? Tak payah pergi jauh-jauh,kat Taman Universiti ada jual pelbagai aneka Mee & Nasi mengunakan Udang Galah.Bersempena ulang tahun kelahiran Abang Chu,kami semua ke restoran yang berdekatan dengan rumahnya bagi memenuhi permintaan Kak Rovita yang selalu nampak gambar mee udang galah kat dalam Facebook dia.

Yang kat atas ini namanya Nasi Goreng Nyonya Udang Galah pilihan si Azie yang pada mulanya tak mau mintak udang galah katernya,tapi akhirnya amik jugak atas alasan-alasan tertentu hehe.

Ini pulak Kueh Tiew Goreng Udang Galah pilihan RA,Ka Ros dan Lyn.Memang sedap dan meletop.Harga sepinggan RM10 rasanya memang menjanjikan.Udang Galahnya manisss huhuu

 

Menu-menu lain bolehlah pilih sendiri kalau datang ke sini yea.Banyak juga pilihan makanan yang di sediakan.Pokok kata menjanjikan lah.

Paling istimewa di sini ialah "OLIO AGLIO UDANG GALAH" seperti menu kat bawah ini

Menu pilihan yang lain Ayam Kampung Goreng.Tapi RA tak cuba pun yang ini,sebab mood makan nasi takde malam ini.

Pesta makan Udang Galah di teruskan malam itu masing-masing ceria dapat pilihan sendiri.Bergambar memang menjadi acara kami.Bagi yang nak tahu kedai makan ini di mana,ianya terletak di belakang Jusco Taman Universiti dan alamatnya 25-01,Jalan Pendidikan 3.

Hati-hati bila memilih makanan,jangan jadi macam kawan RA ini dia nak Mee Hoon Goreng  Udang Galah,tapi dia sebut Mee Hoon Udang Galah jadi dapat lah yang macam ini.

 

 RA terpaksa gerak awal malam ini,lepas makan terus pulang ke rumah.Apa yang penting kedai makan Mee Udang ini pasti akan menjadi pilihan RA untuk datang lagi.

Aksi kucing,aksi rimau,aksi terkejut dan pelbagai lagi aksi sempat di rakamkan sebelum RA pulang ke rumah.Yang lain-lain tu kalau nak datang pergi je lah kat sana yea...Terima Kasihlah pada Abang Yunus yang membelanja kami semua makan di sini yea..

Selamat Ulang Tahun Habang Chu

SELAMAT ULANG TAHUN ABANG YUNUS !!!

 Tadi kami semua datang buat kejutan ke rumahnya dengan membawa sebiji kek.Sebenarnya rancangan ini RA buat petang tadi secara mengejut jadi hadiah pun tak sempat nak beri yea.

 Amboi besaunya dia tiup kek tu.Yang tukang bawak kek tu pun berseri-seri muka maklumlah kek untuk kawan sebaya katernya (oppsss) hehe.

Memandangkan malam itu sekadar hanya nak buat kejutan ulang tahun abang Chu,jadi kueh raya yang lepas menjadi pilihan kami semua.Masih belum berbuka dari bekas lagi tau.Air Oren gas pun masih ada lagi,menjanjikan sungguh.

Meriah walaupun tanya perancangan awal.Yang penting RA dan rakan-rakan dapat bersama-sama meraikan ulang tahun.Satu set gambar aksi kepak bersayap menghiasi blog RA kali ini.Moga Abang Yunus di berikan kesihatan,di panjangkan umur dan di murahkan rezeki

Sunday, September 22, 2013

Kluang Menjerit !!!

Kalau semalam RA ke Putrajaya,hari ini RA ke Kluang pulak.Tapi perjalanan kali ini lebih mencabar iaitu mengunakan Keretapi dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang yang mengambil masa perjalanan 1jam 30minit.Bersama-sama rakan sekolah lama RA Diel & Mamak sekeluarga ,Eddy Yani sekeluarga,Jack & Boy sekeluarga,Azmie & isteri sekeluarga,Ziela dan adiknya, kami semua bertolak jam 905pagi.

Itu pun nasib baik kesemuanya sampai tepat pada masanya sebab ada yang tersasar jauh ke Stesen JB Sentral dan ada yang tersangkut pada kesesakkan lalu lintas akibat jenjantas runtuh di Jalan Skudai.Kalau lambat alamatnya kena lah korang semua ke Stesen yang satu lagi di Kulai yea.

 

 Harga tiket sehala je RNM13 dewasa dan RM11 Kanak-kanak.Stesen Kempas Baru ini taklah sesak sangat,jadi boleh lah RA dan rakan-rakan bersantai dulu sarapan sebelum bertolak

 Disebabkan hari ini ulang tahun Jack,dia sewa satu gerabak keretapi untuk kita semua bergombira...hahaha.Banyaklah,semuanya sendirian berhad yea.Cuma pagi tadi tak ramai penumpang yang menaiki keretapi ke Utara,jadi gerabak yang belakang sekali tu jadi kami yang punyaaaaa.

 Haa inilah ruang gerabak untuk kantin.Terletak di hadapan gerabak sekali,kantin ini sedikit panas sebab diaorang tak bukak penghawa dingin daaa.Makanan di sini kebanyakkanya Burger,roti,nasi lemak & mee goreng bungkus selain makanan-makanan ringan dan air dalam tin.Sebungkus Nasi Lemak RM2.50.Air Tin kalau tak silap RA RM3.50-RM4 cam tu lah.Lupaa daaa...

 Jam 1030pagi keretapi pun tiba di Stesen Kluang.Macam biasalah nak amik gambar dulu kat papan tanda sebelum masuk ke tanah Kluang.KLUANGGGGG MENJERRITTTT!!!!

 Rombongan Cik Senah dan Pak Atan sesekali turun desa mana leh tak lepaskan peluang bergambar kan.Panas-panas pun mesti amik gambar jugak hehe.Dah puas bergambar mula lah perut masing-masing lapar.Bila jengah ke dalam stesen ternampak warong kafe "Kluang RailCoffee".Apa lagi mencari tempat duduk lah untuk singgah isi perut lagi.

 Takdelah nak makan banyak sangat,sekadar mengisi perut sahaja.Roti Bakar bulat , Air teh O ais dan telur setengah masak menjadi pilihan RA.Yang lain-lain pun ikut makan Roti Bakar di tambah dengan Nasi lemak 80sen.memang ramai giler tempat ini pagi-pagi Ahad.Ramai yang bersarapan bersama keluarga di sini.Tu pun RA berebut tempat duduk dengan Uncle Cina yang tetiba tiba tah dari mana.hehehe.

 Perut dah kenyang kan? dan memandangkan susah nak dapat teksi di bandar Kluang ini,RA dan yang lain-lain menapak lah ke Kluang Parade membawa bala angkatan tentera melintasi jalan dan longkang hehe.Biasalah kalau dah jumpa tempat membeli belah,paling-paling nak bawak balik se bag dua barang kan.Jalan punya jalan sampai dah nak pukul 2petang.Perut dah lapar ini makan tengahari tak lagi.Jadi RA cadangkan kami semua ke Warong Asam Pedas Padang Tembak yang terletak 5km dari Kluang Parade.Asam Pedas & Kari di sini memang terbaik.RA lebih gemarkan Kari Ikan dia.

 Lama dah pakcik nie meniaga di sini,sesejak orang Ipoh mula-mula datang mengajar di Johor lagi tu.(zaman Razif Ismail).Mana lah pakcik tu nak ingat lagi pelanggan-pelanggan lama dia kan.Lainlah kalau pelanggan baru hehehe.

ASAM PEDAS IKAN MERAH

KARI IKAN MERAH

JANTUNG PISANG + SAMBAL BELACAN KAW

LEMAK PISANG

MAKAN 14DEWASA + 6KANAK-KANAK = RM 129.00 SEMUANYA

BERPATUTAN LAH KAN??

 Nasib kami baik sebab bila tiba je Pakcik kedai ini sanggap menerima tempahan makanan kami walupun katanya lauk dah habis.Tapi bila citer yang kami datang dari Johor bahru,pakcik tu cuba menyedia dan masakkan sekali lagi lauk untuk kami.Terima kasih yea pakcik,kalau tidak kebuluran lah kami.Tengok jelah muka-muka di bawah ini sementara meninggu makanan siap.20minit sabar menanti-muka Jack keperitan menahan lapar. hehe

 Perut dah kenyang,kami teruskan perjalanan ke Kluang Mall pulak.Sampai je kat sini dah nak pukul 430petang.Guna teksi yang sama masa hantar kami ke Asam pedas.Cantik Mall ini,sangat moden dan besar,dengar orang kata inilah Mall yang terbesar dan terbaru di Kluang,tapi yang kesiannya Jack dan Boy masih tertinggal kat gerai Asam Pedas orang teksi tak sampai-sampai amik diaorang.Dekat kul 5petang jugaklah baru mereka tiba di Kluang Mall.

 Bila dah berjalan tu berulah teringat apa cerita dengan tiket keretapi balik kami nanti.Sebab masa tiba pagi tadi kami semua tak beli tiket untuk balik lagi.Jadi bila telefun diaorang cakap tiket dah habis terjual.Tu yang buat panik sekejap.RA dan Mamak bergegas ke stesen keretapi untuk bertanya dan membeli terus bagi mengelakkan tiket kami habis.

Nasib kami baik kerana tiket kereapi masih ada lagi,tetapi.....ada tapinya,tempat duduk semuanya telah penuh,jadi kalau nak berdiri tu masih boleh lagi.Pikir punya pikir dan selepas perbincangan kami semua bersetuju membeli tiket keretapi tanpa tempat duduk.Apa nak buat,terpaksalah kami semua ke gerabak kantin untuk mencari tempat duduk di sana.Nasib kami baik sebab masih ada tempat duduk yang tinggal dan ada yang sudi memberikan tempat duduk pada rakan RA yang membawa anak kecik.Hai dah macam naik bas berhenti-henti pulak.hehe.

Keretapi yang RA naiki tiba jam 930malam di Stesen Kempas dan terus mencari kedai makan di warong Sayam Taman Melati.Pengalaman kali ini paling tak boleh di lupakan,nak tergelak pun ada,mana tak nya ada yang tertinggal teksi lah,jalan kaki ke mall lah,beli kasut sama jenislah,tersalah pergi stesen keretapilah,yang hampir-hampir kena tinggal pun ada hehee.Gambar berkumpulan menghiasi penutup blog untuk malam ini.Selamat malam semua.....

Saturday, September 21, 2013

Putrajaya aku Datang !!!

 Hai Hai Hai....(lama dah tak dengar Tagline Aziz Desa tu).Hari ini RA meluangkan waktu dan masa ke Hospital Serdang untuk melawat seorang sahabat yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan lintasan jantung.Bersama RA yang mengikuti rombongan titian Kasih secangkir Kopi ini ialah Kak Ros,Azie,Olie dan Kak Rovita.Kami semua bertolak selepas subuh tu pun selepas habis memakan sebungkus Nasi Lemak telur Kampung Pasir.

 Bertolak jam 8pagi dan tiba ke hospital Serdang jam 1130pagi.(wah cepat jugak yea).Alhamdulillah pembedahan membesarkan saluran darah jantung Abang Yunus a.k.a Abang Chu berjalan dengan jayanya dan menurut kata jururawat dia dah boleh keluar petang ini.Gembira sungguh hati dia bila dah boleh keluar yea.RA pun tumpang gembiralah berkat kehadiran dan doa kami abang Yunus dah boleh keluar hari ini.Di wad yang sama kesemua rakan-rakan RA begitu tekun dan kusyuk mendengar penerangan dari seorang doktor muda tentang penyakit jantung.Senang nak paham katernya.(kipaSSS)

 Jam 2petang perut dah mula berbunyi,maka RA dengan seangkatan tentera hari itu turunlah untuk makan tengahari di kafeteria Hopital yang terletak di tingkat 2.Makanan-makanan yang di sajikan memang menjanjikan.RA amik Daging Salai + Sotong sambal + Sayur + Telur + Teh O Ais = RM7.70 sahaja.Murah tak?? huhu.Maaf yea tak sempat nak amik gambar makanan sebab RA dah kelaparan tahap dewa.Jam 330petang kami meminta izin kepada Abang Chu dan ahli keluarganya untuk pulang lagipun tempuh lawatan dah tamat.Kami semua keluar dan terus ke Komplek membeli belah Alamanda.

  Dah puas membeli buku dan makanan kami ke Putrajaya melihat mercu tanda Malaysia pulak.Sikit lah punya ramai umat petang tu kat sini.Nak cari tempat letak kereta pun penuh jadi letak lah kat bahu jalan kemudian amik lah gambar yang bertajuk "PUTRAJAYA AKU DATANGGGG!!"

Waktu margrib kami semua ke rumah adik Azie di Present 9 untuk membersihkan diri kemudian makan malam di Present 15.Katernya nak makan Nasi Arab,tapi bila nampak Nasi Kandar terus bertukar selera.Lagipun dah pukul 9malam,kena cepat makan dan cepat-cepat balik ke JB.Alhamdulillah selamat tiba ke JB jam 2pagi...dengan kepecutan kereta berkelajuan cahaya yang di pandu oleh kak Ros.


Thursday, September 19, 2013

Santai 2Hari/1Malam Batam : Bertolak 23Nov2013

Buat pembaca blog RA.RA akan membuat pakej lawatan 2Hari/1Malam membeli belah Ke Pulau Batam

Tarikh Bertolak : 23NOV 2013

Harga Dewasa

RM345.00 Seorang

Harga Kanak-Kanak 

 RM190.00 Seorang

 

Harga Termasuk :

- 1 x Malam penginapan beserta sarapan pagi

- Lawatan ke Nagoya Hill Mall & DC Mall

- Tiket ferry pergi balik JB - Batam

- Cukai Pelabuhan


Alamai kemewahan di Hotel berkonsep kapal persiaran "Hotel Pacific Palace ".

Lawatan ke DC Mall & Nagoya Hill Mall yang terkenal dengan pelbagai barangan keperluan dari pakaian,elektronik,cenderahati,minyak wangi dan barangan berjenama. 


DEPOSIT 50% HENDAKLAH DI BAYAR SELEWATNYA 1NOVEMBER2013

 Untuk tempahan telefon / WhatApps saja ke 

0127709809 ADAM @ NAZ

Wednesday, September 18, 2013

BurgerKing RM1.88 sahajerrr

Tadi RA sempat ke restoran Burger King di Taman Tasek bersama rakan-rakan bersempena promosi BurgerKing RM1.88 yang diadakan selama 3hari sejak semalam.Murah kan? tapi khas untuk burger ayam sahaja.

 Jam 830malam tepat sampai di sini membeli 2biji burger bersama air coke dan semuanya berharga RM5.97sen.Untungkan?? mestilah untung,menang membeli menang memakan katernya.Ada sekeping daging bakon bakar kalau tak silap RA kt dalam burger ini.

 Restoran BurgerKing kat Taman Tasek ini sedikit surah lah.Kot yea pun kalau nak mengurangkan kos takkanlah tak leh nak pasang radio.Sunyi sangat restoran ini lah,dah lah takde TV.Kitaorang rasa macam makan kat pingiran jek.Jadi jika pengesuah restoran ini terbaca sila la buat sesuatu untuk menceriakan tempat ini.Sayang tau...

Kemeriahan terasa hanya bila ada kanak-kanak yang membuat suasana ceria.Apapun terima kasih Burger King atas promosi ini


Monday, September 16, 2013

Santai di Hari Malaysia

 Hari ini cuti bersempana Hari Malaysia RA nak rehat-rehat dan bersantai sahaja di Johor Bahru.Maklumlah dah dua hari berturut-turut bawak orang masuk Singapura untuk bercuti.Jadi selepas sahaja Zohor RA ke Warong Goreng Pisang Mawar yang terletak di komplek Mawar bersebelahan dengan Hotel Thistle

Macam biasalah kalau dah janji jam 2.30petang pasti ada yang tiba kelewatan.Apapun RA puas dapat makan Nasi Lemak Udang + Telur dan Goreng Pisang RM3.Yang tak baiknya Juadah makan petang kami hari tu berjumlah RM105 kesemuanya,walaupun cuma makan beberapa jenis makanan sahaja.Mana tak nya bila nampak Shafie Salleh pemain bola semua angkat kaki dan bergambar di meja beliau,jadi tukang kira makanan pun main tekan je lah harga kat dalam kalkulatornya.

 

Selepas sahaja selesai kami semua ke Country Garden di Danga Bay.Yealah tempoh hari gang-gang yang lain tak sempat nak datang kan,jadi hari ini bawak lah diaorang sekali dengan anak-anaknya.Tengok jelah budak-budak ini berpelesiran di tepian pantai dan bergaya di tepi tong air huhu.

 

Wah-wah yang ibu-ibu tunggal (untuk hari ini je) pun sibuk mengaya dan memperagakan pakaian tajaan sendiri yang mengikut konsep bunga-bunga cinta (katernya).Konon-konon nanti orang kampung tak leh nak kullunnn....huhu

 Amboi buat bentuk hati katanya...anak didik sapa lah nie.Kalau suruh bergambar memang pandai yea,kalah model-model jalan kucing (catwalk)

 Bingit betul dengar tiupan wisel dari pengawal taman ini,pegang sikit bunyi,jalan atas rumput sikit bunyi,amik gambar dengan patung-patung bunyi,sampai budak-budak nak main pasir pun dia bunyikan wisel tak kasi main.Kalau nak main pasir pun tak bole baik tutup je pantai tu kan....Apapun tempat ini memang sesuai datang untuk lepak-lepak.Kalau tak mau bersesak mencari tempat letak kereta,datanglah pagi sikit.Cubalah....

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....